Rapid KL larang penggunaan premis bagi tujuan politik

Antara paparan klip video yang tular sebelum ini menyaksikan beberapa individu mengangkat plakad mengenai kebebasan mahasiswa dan mengutuk kerajaan.
Antara paparan klip video yang tular sebelum ini menyaksikan beberapa individu mengangkat plakad mengenai kebebasan mahasiswa dan mengutuk kerajaan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rapid KL melarang penggunaan premis dan fasiliti miliknya bagi sebarang aktiviti berunsur politik.

Rapid KL melalui satu kenyataan hari ini berkata, larangan tersebut berikutan tindakan berkenaan menyalahi undang-undang dan bertentangan dengan aspirasi mereka dalam mempromosi perpaduan serta keharmonian kepada seluruh rakyat di negara ini.

"Rapid KL tidak membenarkan apa juga aktiviti berbaur politik dilakukan di fasiliti milik kami terutama dalam kemudahan Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan monorel.

"Justeru, kami mengecam tindakan segelintir penumpang yang membuat protes berunsur politik di dalam tren LRT sebelum ini," kata kenyataan itu.

Katanya, sebarang aktiviti yang ingin dilakukan di premis dan fasiliti milik Rapid KL perlu mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan.

Sebelum ini satu klip video berdurasi 4:36 saat tular di media sosial memaparkan beberapa individu sedang berdiri di dalam LRT sambil mengangkat plakad mengenai kebebasan mahasiswa dan mengutuk kerajaan memerintah pada hari ini.

Difahamkan video tersebut mula tular di laman sosial seperti Facebook dan aplikasi WhatsApp sejak beberapa hari lalu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!