Harap dapat kuat kuasa sepenuhnya tahun depan: Exco

No Image Caption
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan negeri mengadakan mesyuarat pertama hari ini bagi membincangkan penguatkuasaan penetapan had waktu operasi kedai makan dan restoran pada jam 12 malam.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Hussin berkata, mesyuarat membabitkan semua agensi berkaitan itu bagi mendapatkan pelbagai input mengenai pelaksanaannya.

“Banyak perkara perlu kita lihat secara lebih mendalam terutama jumlah peniaga, jenis perniagaan dan skop lain yang berkaitan.

“Perkara ini bukan benda baru tapi kita berharap tahun depan dapat dikuatkuasakan sepenuhnya,” katanya selepas merasmikan program Go Green yang turut dihadiri Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan di perkarangan Medan Ilmu di sini hari ini.

Dr Izani menanam pokok di tepi laluan Medan Ilmu sebagai gimik perasmian program Go Green.
Dr Izani menanam pokok di tepi laluan Medan Ilmu sebagai gimik perasmian program Go Green.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, penetapan had masa operasi kedai makan dan restoran di Kelantan tetap akan dilaksanakan tahun depan selepas pihak berkuasa tempatan (PBT) memberi penerangan kepada masyarakat.

Menurutnya, rakyat perlu lebih bersikap terbuka kerana perkara itu dilihat daripada pelbagai segi terutama kadar jenayah dan masalah gejala sosial yang tinggi.

“Kerajaan perlu berhati-hati melaksanakannya kerana ia melibatkan banyak skop perniagaan di negeri ini. Kita mesti asingkan perniagaan yang beroperasi 24 jam.

Artikel Berkaitan:

“Oleh sebab itu kita perlu mengadakan mesyuarat beberapa kali bagi memastikan semuanya dibincangkan dengan lebih teliti,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!