Bayi 40 hari cedera digigit tikus
BOGOR - Seorang bayi berusia 40 hari cedera akibat digigit tikus di rumahnya di Kampung Pasir Jambu, Jawa Barat di Indonesia.
Menurut ibu mangsa, Lisdawati, dia meninggalkan bayinya sebentar untuk ke bilik air sebelum terdengar bayinya menangis dengan kuat secara tiba-tiba.
"Apabila saya masuk ke dalam bilik, mukanya dipenuhi darah dan tikus itu telah lari. Saya yakin ia datang dari dapur," katanya.
Lisdawati membawa bayinya ke bidan terdekat untuk dirawat namun anaknya dirujuk ke Hospital daerah Cibinong akibat kecederaan parah yang dialami.
"Muka dia bercalar dan hidungnya terpaksa dijahit kerana terdapat luka yang besar. Bagaimanapun keadaan anak saya beransur baik," katanya yang trauma dengan insiden itu. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!