Penyanyi K-pop Goo Hara ditemui meninggal dunia
PENYANYI K-pop, Goo Hara dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Cheongdam-Dong, kawasan Gangnam pada awal pagi Ahad.
Portal berita antarabangsa melaporkan bintang berusia 28 tahun, yang juga merupakan bekas ahli kumpulan Kara ditemui maut kira-kira jam 6 pagi waktu tempatan.
Bagaimanapun, punca kematian penyanyi itu masih belum didedahkan.
Pada Mei lalu, Goo Hara mengemukakan permohonan maaf kepada peminatnya selepas dilaporkan cuba membunuh diri.
Sebelum kematian, Goo Hara aktif mempromosikan karyanya di Jepun termasuk siri jelajah terbaharu, Midnight Queen.
Mendiang juga terbabit dalam kekecohan kes mahkamah melibatkan bekas teman lelakinya, yang didakwa melakukan serangan dan juga mengancam keselamatan Goo Hara.
Pada tahun 2015, Goo Hara membuat kemunculan solo dengan EP Alohara (Can Can You Feel It?) selepas pembubaran Kara. Sejak itu, dia turut melebarkan karier dengan memegang watak untuk projek filem dan juga televisyen. -Astro Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Penggambaran filem, drama dalam studio dibenarkan
12 Mei 2021 01:20pmPek NJOI HD terbaharu tawarkan pengalaman tontonan terhebat
05 Mei 2021 10:25amNora perjelas gosip kahwin dengan Annuar Musa
29 April 2021 03:20pmWanita Asia menang Pengarah Filem Terbaik Oscar
26 April 2021 01:55pm14 pemilik rumah teres terima pampasan RM6 juta
24 Disember 2024 04:40pmPemandu e-hailing didakwa bunuh Nurul Asikin
24 Disember 2024 02:04pmSetiausaha Kabinet Indonesia dikritik timbulkan kekeliruan
24 Disember 2024 07:42pmTayar lori tercabut punca tujuh maut di Lebuhraya PLUS
24 Disember 2024 08:05am