Lelaki dikhuatiri hilang dipercayai terjatuh Sungai Golok
RANTAU PANJANG - Seorang lelaki dikhuatiri hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Golok di sini sekitar jam 6.50 petang tadi.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang Pegawai Bomba Kanan II, Tuan Abdul Halim Tuan Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6.57 petang.
Menurutnya, mangsa dikenali Ahmad Nazri Aziz berusia 22 tahun.
“Seramai enam anggota bersama sebuah jentera telah dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja mencari dan menyelamat,” katanya.
Katanya, operasi akan kembali disambung pada esok hari.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!