Suara pemilik restoran mamak yang terpinggir

Kerajaan diminta lihat semula dasar pekerja asing untuk sektor yang benar-benar kritikal dan memerlukan bantuan.
Kerajaan diminta lihat semula dasar pekerja asing untuk sektor yang benar-benar kritikal dan memerlukan bantuan.
A
A
A

BARU-BARU ini seorang sahabat Merak Jalanan mengeluh kerana sukar untuk mendapat pekerja warga asing.

Sahabat ini mempunyai beberapa buah restoran makanan India Muslim yang dibuka 24 jam setiap hari.

Makanan yang dihidangkan di restoran miliknya itu memang sedap-sedap belaka terutama ayam gorengnya yang enak persis di restoran makanan segera.

Berbalik cerita susah dapat pekerja, sahabat Merak Jalanan ini beritahu, kalau dia tidak dapat pekerja susahlah dia hendak berniaga, kualiti perkhidmatannya akan menurun dan pelanggan lari.

Itu baru sebuah restoran, tetapi di Malaysia ini ada banyak lagi restoran yang memerlukan pekerja asing seperti pemilik restoran itu.

Kalau banyak yang tutup kerana tiada pekerja, siapa yang rugi ? Sudah tentulah kerajaan juga yang rugi kerana ekonomi negara tidak berkembang dan kutipan cukai rendah.

Memang betul masalah pekerja asing di negara ini serius kerana ada yang datang ke sini buat onar tetapi Merak Jalanan sendiri lihat pekerja di tempat sahabat itu amat serius ketika bekerja.

Ada antara pekerja sahabat Merak Jalanan itu sudah bekerja dengannya sejak berbelas tahun lalu dan mereka masih setia sehingga kini.

Artikel Berkaitan:

Sambil makan nasi kuah kari dengan ayam goreng, Merak Jalanan lihat wajahnya sugul macam ayam berak kapur.

Kecewanya usah ceritalah, daripada larangan merokok sampailah minyak kitar semula yang digunakan untuk bisnes pisang goreng. Kawalannya tidak serius.

Sahabat Merak Jalanan ini orang baik dan banyak menyumbang kepada masyarakat tetapi malang, orang sepertinya seperti tidak dihargai.

Mungkin jasa-jasanya kecil dan tidak diketahui orang tetapi suara kecilnya itu beri impak besar kepada orang sekeliling.

Merak Jalanan berharap sangat agar kerajaan lihat semula dasar pekerja asing untuk sektor yang benar-benar kritikal dan memerlukan bantuan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!