Nyaris rentung lori terbakar tiba-tiba
PETALING JAYA -Seorang pemandu lori pasir nyaris rentung apabila kenderaan yang dipandunya tiba-tiba terbakar berhampiran Jambatan Motorola di Lebuhraya Damansara Puchong pagi tadi.
Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Bomba Zulfikar Jaffar berkata, Pusat Gerakan Operasi Negeri Selangor menerima panggilan kecemasan memaklumkan kejadian pada jam 9.59 pagi.
Menurutnya, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petaling Jaya dikejarkan ke lokasi.
"Kebakaran bermula di bahagian kepala lori terbabit. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan namun kebakaran menyebabkan kemusnahan kenderaan hampir 90 peratus," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!