'Zakaria akan tahu dipecat jika hadir mesyuarat MPP'

Dr Wan Azizah (dua dari kanan) yberamah mesra bersama penerima anugerah pada Majlis Pelancaran Deklarasi Keluarga Malaysia di Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MAGiC) hari ini. - Foto Bernama
Dr Wan Azizah (dua dari kanan) yberamah mesra bersama penerima anugerah pada Majlis Pelancaran Deklarasi Keluarga Malaysia di Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MAGiC) hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

CYBERJAYA - Bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Zakaria Abdul Hamid akan mengetahui butiran pemecatannya jika beliau hadir mesyuarat MPP kelmarin, kata Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Sepatutnya dia sebagai ahli MPP menghadiri mesyuarat semalam (kelmarin) dan dia akan mengetahui semua butiran apa yang berlaku.

"Itu yang sepatutnya berlaku dan dia akan dapat menjawab semua persoalan," katanya ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Zakaria yang terkejut dengan berita pemecatannya daripada PKR.

Timbalan Perdana Menteri ditemui pemberita selepas melancarkan Deklarasi Keluarga Malaysia (DKM) di sini semalam.

Zakaria yang merupakan Ketua Cabang PKR Bera dan seorang ahli PKR Pahang, Ismail Dulhadi dipecat daripada PKR berkuat kuasa kelmarin atas dakwaan terbabit dalam rasuah ketika pemilihan parti itu tahun lepas.

Zakaria dalam satu kenyataannya berkata, beliau tidak dimaklumkan mengenai sebarang pertuduhan disiplin terhadapnya oleh mana-mana pihak selain tidak dipanggil untuk membela diri seperti yang biasa dilakukan oleh mana-mana badan politik berkanun. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!