Dua selebriti Indonesia terlibat pelacuran dalam talian?
JAKARTA - INDONESIA . Dua selebriti Indonesia ditahan kerana disyaki terlibat dengan pelacuran secara dalam talian.
Mereka adalah aktres, Vanessa Angel dan seorang lagi adalah model dikenali sebagai Avriellia Shaqqila.
Media tempatan melaporkan penahanan kedua-dua mereka dibuat di bilik berasingan di sebuah hotel Surabaya.
Ketua Polis Jawa Timur, Arman Asmara berkata, siasatan menerusi media sosial mendapati Avriellia mengenakan bayaran 25 juta rupiah (RM7,243) manakala bayaran dikenakan Vanessa pula 80 juta rupiah (RM23,178).
Selain duo tersebut, pihak berkuasa turut memberkas empat saksi dan tiga suspek lain.
Awal Sabtu lalu, pelakon berusia 27 tahun itu telah mengemaskini aplikasi Instagram Story tentang kehadirannya di Surabaya atas urusan kerja.
Pengurusnya, Lidya berkata, dia tidak tahu aktres tersebut terlibat dengan pelacuran dalam talian.
Vanessa turut memohon maaf dan menyedari 'kesilapannya' dan akan mengikut prosedur siasatan tersebut.
Menurut TribunNews, pihak berkuasa dimaklumkan tentang kes itu oleh orang ramai. - CNA
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!