Tentera Filipina selamatkan pasangan mangsa culik Abu Sayyaf
MANILA - Tentera Filipina hari ini menyelamatkan seorang warga Britain bersama isterinya yang diculik kumpulan lelaki bersenjata di sebuah resort di Mindanao, wilayah selatan negara itu pada 4 Oktober lalu.
Pasangan suami isteri, Alan dan Wilma Hyrons tersebut diselamatkan selepas insiden berbalas tembakan dengan anggota Abu Sayyaf di pulau Jolo yang merupakan kubu kuat kumpulan pemisah terbabit.
"Mereka kemudiannya meninggalkan kedua-dua mangsa selepas tentera semakin mara. Tiada bayaran wang tebusan dibuat," kata jurucakap tentera, Arvin Encinas.
Kedutaan Britain di Manila turut mengesahkan perkara itu dan turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan pihak berkuasa Filipina.
Mei lalu, rakyat Belanda, Ewold Horn yang diculik pada 2012 di wilayah selatan terbunuh ketika insiden berbalas tembakan antara Abu Sayaf dan tentera kerajaan. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!