Myanmar ikat Harimau Muda

SKUAD bawah 22 tahun negara (B-22) menampilkan persembahan kurang bermaya pada aksi pembukaan Kumpulan A saingan Sukan SEA 2019 apabila hanya meraih keputusan seri 1-1 menentang Mnyanmar.
SKUAD bawah 22 tahun negara (B-22) menampilkan persembahan kurang bermaya pada aksi pembukaan Kumpulan A saingan Sukan SEA 2019 apabila hanya meraih keputusan seri 1-1 menentang Mnyanmar.
A
A
A

SKUAD bawah 22 tahun negara (B-22) menampilkan persembahan kurang bermaya pada aksi pembukaan Kumpulan A saingan Sukan SEA 2019 apabila hanya meraih keputusan seri 1-1 menentang Myanmar, sebentar tadi.

Harimau Muda tampak goyah di awal babak pertama dengan cuba bergelut menyesuaikan diri di atas permukaan padang sintetik di Stadium Memorial Rizal, Filipina itu.

Sebaliknya Myanmar yang dibimbing bekas pengendali Kelantan, Velizar Popov selesa mendominasi permainan dan membuka tirai jaringan seawal minit ke-12 melalui tandukan pemain pertahanannya Soe Moe Kyaw.

Pemain tengah Myanmar, Myat Kaung Khant hampir menambah gol kedua lima bagaimanapun Muhammad Haziq Nadzli lebih bersedia untuk menampan rembatannya.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee akhirnya berjaya menemui gol penyamaan pada minit ke-23 selepas Akhyar Rashid bijak memotong hantaran lemah pertahanan Myanmar Aung Naing Win sebelum melorongkan bola untuk disudahkan oleh Hadi Fayyadh Abdul Razak.

Skuad negara berpeluang untuk berada di hadapan pada minit ke-43, menerusi larian solo Umar Hakeem, namun rembatan lemahnya mudah ditangkap oleh penjaga gol Myanmar, Sann Sat Naing.

Bersambung separuh masa kedua, Malaysia menampilkan persembahan lebih kemas namun, beberapa peluang yang dimilki gagal disempurnakan dengan baik oleh jentera serangan pasukan negara untuk hanya berpuas hati dengan satu mata.

Harimau Muda akan turun pada aksi kedua Jumaat ini menentang pasukan tuan rumah, Filipina.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!