Assange mungkin mati dalam jel jika tak dirawat
LONDON - Lebih 60 doktor menggesa rawatan perubatan segera diberikan kepada Julian Assange atau pengasas WikiLeaks itu mungkin mati dalam tahanan.
Menurut sepucuk surat yang dihantar kepada Setiausaha Negara Britain, Priti Patel, keadaan fizikal dan mental lelaki berusia 48 tahun itu mesti disahkan oleh doktor.
"Jika penilaian dan rawatan segera tidak diberi, kami bimbang keadaan kesihatannya yang semakin merosot di penjara," menurut surat itu.
Surat yang diterbitkan dalam akhbar Guardian itu ditandatangani doktor dari Amerika Syarikat (AS), Australia, Britain, Sweden, Itali, German, Sri Lanka dan Poland.
"Keperluan perubatan sangat diperlukan. Kita tidak boleh buang masa," kata surat itu lagi.
Surat turut menyebut, Assange menunjukkan tanda-tanda penderaan psikologi.
Assange dijangka hadir ke mahkamah 25 Februari depan untuk memperjuangkan tuntutan ekstradisi dari Amerika Syarikat (AS) yang menuduhnya membantu pemberi maklumat Chelsea Manning menerbitkan bahan rahsia berkaitan operasi ketenteraan Washington di Iraq dan Afghanistan. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!