Kapal bawa lebih 14,000 kambing biri-biri karam
BUCHAREST - Sebuah kapal kargo membawa 14,600 ekor kambing biri-biri terbalik di Laut Hitam, dekat luar pantai Romania sejurus selepas meninggalkan pelabuhan Midia semalam.
Jurucakap perkhidmatan penyelamat, Ana-Maria Stoica berkata, seramai 20 anak kapal Queen Hind dan seorang rakyat Lubnan berjaya diselamatkan bersama 32 kambing biri-biri dan manakala daripadanya diselamatkan dari dalam air.
"Operasi menyelamat masih dijalankan. Kami berharap kesemua haiwan yang terperangkap dalam kapal berkenaan masih hidup," katanya.
Susulan kejadian itu, penternak dan pengeksport utama Roamnia, Acebop menggesa siasatan segera dilakukan.
"Bencana ini benar-benar mengejutkan persatuan kami. Sekiranya tidak mampu untuk melindungi ternakan semasa pengangkutan jarak jauh, kita perlu haramkannya secara langsung," tegas Presidennya, Mary Pana.
Sementara itu, Gabriel Paun dari badan bukan kerajaan, Penyelamat Haiwan Antarabangsa mendakwa kapal kargo tersebut terlebih muatan. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!