Budak maut dihempap ukiran ais
LUXEMBOURG - Seorang kanak-kanak lelaki dua tahun maut akibat dihempap patung ukiran ais yang tumbang di sebuah pasar Krismas di sini semalam.
Menurut polis, kemalangan yang berlaku kira-kira jam 8 malam (waktu tempatan) itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia dalam ambulans.
Siasatan telah mula dijalankan dan semua pasar jalanan diarahkan tutup hari ini.
Susulan kemalangan itu, pengukir ais Samuel Girault dari Perancis disoal siasat oleh pihak polis selepas hasil kerjanya seberat dua tan itu jatuh dan meragut nyawa orang awam.
Difahamkan, Girault mempunyai pengalaman selama 19 tahun dalam mengukir ais. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!