Pengasas www lancar pelan henti salah guna internet

Tim Berners-Lee. - Foto AFP
Tim Berners-Lee. - Foto AFP
A
A
A

BERLIN - Pencipta World Wide Web (www), Tim Berners-Lee hari ini melancarkan 'Kontrak untuk Web' bagi menghentikan penyalahgunaan internet oleh kerajaan, syarikat dan individu.

"Kita harus bertindak sekarang dan bertindak bersama-sama untuk mengelakkan web terus disalahguna oleh mereka yang ingin mengeksploitasi," katanya.

Berners-Lee berkata, kontraknya yang dibangunkan dengan kerjasama puluhan pakar dan orang awam adalah pelan tindakan untuk membina web yang lebih baik.

Beliau turut menggesa kerajaan untuk menguatkan undang-undang dan peraturan untuk memastikan usaha mencari keuntungan tidak mengorbankan hak asasi manusia serta demokrasi.

Lebih 150 organisasi termasuk syarikat seperti Google, Microsoft dan Facebook turut menyokong pelan Berners-Lee.

Pengumuman dokumen akhir Berners-Lee dibuat ketika pemimpin kerajaan, ahli perniagaan dan pemimpin masyarakat sivil berkumpul di Berlin selama empat hari untuk Forum Tasbir Urus Internet Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!