39 mayat dalam kontena: Pemandu trak mengaku salah dua pertuduhan
LONDON - Pemandu trak yang didakwa atas kesalahan berkaitan kematian 39 warga Vietnam yang ditemukan mati dalam kontena peti sejuk di Britain bulan lalu mengaku salah hari ini kerana berkomplot dalam membantu pendatang haram tanpa izin.
Maurice Robinson, 25, muncul melalui pautan video di Mahkamah Jenayah Pusat London dari penjara dengan keselamatan tinggi Belmarsh, di tenggara London.
Robinson mengaku bersalah terhadap dua daripada puluhan pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.
Dia yang berasal dari Ireland Utara juga menghadapi 39 tuduhan membunuh, konspirasi pemerdagangan manusia, konspirasi membantu pendatang asing dan penggubahan wang haram.
Hakim, Andrew Eadis bagaimanapun memerintahkan komplot Robinson tidak dinamakan. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!