Doktor keluarkan buah pinggang seberat 7.4kg

Pasukan bedah menunjukkan buah pinggang seberat 7.4kg yang dikeluarkan dari tubuh seorang pesakit. - Foto AFP
Pasukan bedah menunjukkan buah pinggang seberat 7.4kg yang dikeluarkan dari tubuh seorang pesakit. - Foto AFP
A
A
A

NEW DELHI - Pakar bedah di India berjaya mengeluarkan ketulan besar seberat 7.4kg dari tubuh seorang lelaki yang menderita penyakit buah pinggang polikistik dominan autosomal.

Pesakit berusia 56 itu menjalani pembedahan selama dua jam di Hospital Sir Ganga Ram di ibu negara bulan lalu.

"Ia adalah ketulan gergasi yang meliputi separuh daripada perutnya. Kami tahu ia adalah buang pinggang yang besar namun tidak menjangkakan saiznya sebesar itu," menurut salah seorang doktor bedah, Sachin Kathuria.

Kathuria berkata, buah pinggang tersebut mempunyai panjang 45cm.

Berat buah pinggang normal adalah antara 120g hingga 150g dengan panjang 12cm.

Difahamkan, doktor memutuskan untuk menjalankan pembedahan apabila mereka mengesan pendarahan dalaman dan jangkitan dalam badan pesakit.

Derita pesakit tidak dinamakan itu dipercayai bermula daripada sista dipenuhi cecair yang mula tumbuh di buah pinggangnya.

Menurut Rekod Dunia Guinness, buah pinggang paling besar yang pernah dikeluarkan dari tubuh badan manusia adalah seberat 4.25kg dalam satu pembedahan di Dubai pada tahun 2017. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!