[VIDEO] 'Ayah pergi bertemu ALLAH'

Kanak-kanak menangis tidak mahu melepaskan ayah pergi untuk berjihad demi bangsa dan agama.
Kanak-kanak menangis tidak mahu melepaskan ayah pergi untuk berjihad demi bangsa dan agama.
A
A
A

GAZA - Tular klip video memaparkan dua anak kecil menangis ketika bapa mereka mengucapkan selamat tinggal sebelum pergi berjihad untuk bangsa dan negara.

Menerusi rakaman dimuat naik di Instagram Jentik Hati, lelaki yang berkerusi roda berulang kali dipeluk dua anaknya lelaki dan perempuan sambil menangis seolah-olah tidak sanggup melepaskan bapa mereka pergi.

"Tidak apa-apa wahai putriku, ayah pergi bertemu ALLAH, ayah pergi ke syurga, Insya-ALLAH.

"Jagalah ibumu ya? Lihat ayah, jangan menangis," kata bapa memujuk anak perempuannya.

Posting itu membuatkan netizen mengagumi pengorbanan lelaki itu yang nekad mempertahankan bangsa dan agamanya.

Kata @oeyzrashid, "Semoga para jihad semua dilindungi oleh ALLAH SWT... Aamiin."

"Allahuakbar, rahmat kasih sayang ALLAH SWT, syurga mu ya ALLAH," tulis @mawa.sakinah.

Sehingga kini, video yang tular di laman sosial itu meraih lebih 152,766 tontonan.

Artikel Berkaitan:

Pesan si ayah, "Jika ayah tidak pulang, ayah ada di syurga dan jagalah ibumu nak.." . . Full video boleh dapatkan di telegram / facebook @jentikhati . Follow @jentikhati.tv untuk dapatkan video dakwah yang menarik dan terkini . . . #jentikhati #jentikhatitv #twitterjentikhati #quotejentikhati #sentapjentikhati #dakwahjentikhati #videojentikhati #sentapbeb

A post shared by Jentikhati TV (@jentikhati.tv) on Nov 21, 2019 at 4:08pm PST

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!