Media perlu berubah jika mahu relevan

Azahar (depan, empat dari kanan) bersama peserta dan pelajar yang mengikuti Program Media Industry Engagement di Universiti Utara Malaysia, Sintok, semalam.
Azahar (depan, empat dari kanan) bersama peserta dan pelajar yang mengikuti Program Media Industry Engagement di Universiti Utara Malaysia, Sintok, semalam.
A
A
A

SINTOK - Industri media dan pengamal perlu segera melakukan transformasi dalam era konvergen jika mahu terus kekal relevan dalam masyarakat dalam tempoh yang panjang di negara ini.

Penasihat Persatuan Teknologi Media Universiti Utara Malaysia (UUM), Azahar Kasim berkata, era konvergen baru sahaja menapak di Malaysia sejak lima tahun lalu.

Menurutnya, era tersebut akan terus kekal sekurang-kurangnya untuk tempoh 15 hingga 20 tahun akan datang sebelum kedatangan era baru lain kerana revolusi industri.

"Sekurang-kurangnya ia bertahan selama 20 tahun. Jadi dalam tempoh 15 tahun ini, ia akan berlegar-legar dalam dunia konvergen sekarang.

"Pengamal industri media akan ketinggalan jika mereka tidak menguasai lebih awal. Jadi pendedahan awal kepada generasi muda terutama mahasiswa yang sedang mengikuti kursus komunikasi di institut pengajian tinggi perlu dipertingkatkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian selepas tamat Program Media Industry Engagement yang turut dihadiri Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Badruldin Zakaria di Universiti Utara Malaysia di sini semalam.

Azahar berkata, kelewatan transformasi kepada perkembangan digital jelas menyaksikan beberapa akhbar di negara ini gagal bertahan dan akhirnya terpaksa ditutup.

Katanya, media akan terus relevan kerana masyarakat memerlukan dan hanya kandungan serta platformnya sahaja berubah mengikut peredaran masa dan faktor revolusi industri.

Artikel Berkaitan:

"Beberapa akhbar yang bertahan di negara ini masih diperlukan namun mereka perlu segera terlibat dalam era konvergen dengan selain fokus kepada perkembangan digital.

"Cara kerja pengamal industri ini memang perlu berubah malah tidak lagi boleh melakukan perkara sama seperti pada era konvensional, jika tidak anda akan ketinggalan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!