Lelaki hidap sawan dikhuatiri lemas di Pantai Punggai

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KOTA TINGGI - Seorang lelaki dipercayai menghidap sawan dikhuatiri lemas di Pantai Punggai, dekat Pengerang semalam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya menerima panggilan daripada bapa mangsa pada jam 3.04 petang semalam, yang menyatakan anaknya, Abu Basir Tajul, 29, dilihat berlari ke arah Pantai Punggai, lebih kurang 50 meter kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Sejurus menerima panggilan kecemasan, pihak JBPM diketuai Pegawai Bomba Saiful Rashid bersama polis dan orang kampung berkumpul serta membuat pencarian di sepanjang pesisiran pantai berkenaan.

JBPM berkata, gerakan pencarian peringkat awal tertumpu pada bahagian pinggir pantai dalam jarak 600 meter persegi dari pos kawalan polis di pantai itu tetapi tiada sebarang kesan ditemui.

Pencarian mangsa turut dilakukan di kawasan perairan pantai itu oleh JBPM dan bot nelayan.

Operasi mencari pagi ini diteruskan di perairan Punggai hingga ke kawasan Pengerang. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!