Paip pecah: Jalan Dewan Bahasa ditutup

Paip bawah tanah pecah di Jalan Dewan Bahasa pagi ini. - Foto Facebook DBKL
Paip bawah tanah pecah di Jalan Dewan Bahasa pagi ini. - Foto Facebook DBKL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jalan Dewan Bahasa ditutup kerana paip bawah tanah mengalami kebocoran awal pagi ini.

Unit Media Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan, kejadian dilaporkan di hadapan pintu utama Dewan Bahasa & Pustaka menghala ke persimpangan lampu isyarat Jalan Loke Yew dan Jalan Hang Tuah.

Menurutnya, laluan tersebut ditutup bagi kerja pembaikan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

"Pengguna yang menuju ke arah Jalan Imbi dikehendaki menggunakan laluan atas selepas jalan bawah ditutup bagi kerja pembaikan," katanya.

Dalam perkembangan berasingan, DBKL turut memaklumkan keadaan di Jalan Pinang yang mengalami mendapan akibat paip bawah tanah pecah semalam telah siap dibaik pulih.

"Jalan tersebut telah dibuka kepada kenderaan pada jam 2 pagi tadi," katanya.

Jalan rosak akibat paip bawah tanah pecah di Jalan Pinang siap dibaiki dan mula dibuka kepada pengguna hari ini. - Foto Facebook DBKL
Jalan rosak akibat paip bawah tanah pecah di Jalan Pinang siap dibaiki dan mula dibuka kepada pengguna hari ini. - Foto Facebook DBKL

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!