Pemecatan Zakaria berniat jahat

Albakri (depan, tiga dari kiri) bersama Jefri (depan, dua dari kiri) bersama sebahagian ahli yang hadir pada sidang akhbar di Pejabat Persatuan Penggerak Muafakat Pahang di sini malam tadi.
Albakri (depan, tiga dari kiri) bersama Jefri (depan, dua dari kiri) bersama sebahagian ahli yang hadir pada sidang akhbar di Pejabat Persatuan Penggerak Muafakat Pahang di sini malam tadi.
A
A
A

TEMERLOH - Gabungan Ketua Cabang dan Persatuan Penggerak Muafakat Pahang mendesak Pengerusi Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Ahmad Kasim membuat permohonan maaf secara terbuka dan menarik balik pemecatan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Zakaria Abdul Hamid.

Ketua PKR Cabang Paya Besar, Albakri Salim berkata, pemecatan Zakaria didakwa berniat jahat ekoran kelantangan pemimpin itu mengkritik segelintir pemimpin.

Menurutnya, tindakan tersebut dilihat tergesa-gesa dan melanggar prinsip natural justice dengan menafikan hak membela diri dengan alasan yang tidak tuntas dan mengelirukan hingga menimbulkan banyak spekulasi serta keadaan tidak harmoni.

"Beliau (Zakaria) antara pemimpin awal PKR di negeri ini yang mempunyai pengaruh besar dan pemecatan beliau akan memudaratkan PKR negeri.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Rasuah: Dua ahli PKR Pahang dipecat serta-merta

Dipecat serta-merta: Zakaria tunggu surat rasmi PKR

"Pemecatan ini juga akan membunuh kerjaya politik sedangkan beliau belum didapati bersalah kerana tiada tahanan dan pendakwaan dilakukan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) sehingga kini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Pejabat Persatuan Muafakat Pahang di sini malam tadi.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama Ketua PKR Cabang Pekan, Jefri Jaafar; Ketua PKR Cabang Bentong, Dasimah Zainudin; Ketua Wanita PKR negeri,

Sitarunisah Ab Kadir; Naib Ketua PKR Cabang Bera, P Sarawanan dan Exco Angkatan Muda Keadilan, Wan Mohamad Fitri Wan Abdul Rahim serta wakil-wakil cabang PKR negeri.

Sebelum ini, Zakaria yang juga Ketua Cabang Bera bersama seorang lagi ahli parti PKR dipecat daripada parti itu berkuat kuasa kelmarin atas dakwaan terbabit dalam rasuah ketika pemilihan parti itu tahun lalu.

Pemecatan mereka disahkan oleh Ahmad hasil mesyuarat bulanan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR kelmarin.

Dalam pada itu, Ketua Cabang PKR Pekan, Jefri Jaafar juga mendesak supaya tindakan tersebut segera diperbetulkan sebelum ia boleh memusnahkan parti bagi kesan jangka panjang.

Menurutnya, beliau melihat situasi tersebut mengecewakan kerana dalam usaha PKR mendukung prinsip keadilan, biro disiplin sendiri telah menyalahgunakan kuasa dalam perkara ini.

"Kalau teguran ini juga tidak dapat diguna pakai atau dianggap teguran yang remeh-temeh maka tunggulah parti akan musnah, ini yang kita bimbang.

"Jangan leka dan terpedaya dengan nasihat yang tidak tentu hala, kembalikan pada prinsip dan kedudukan parti kalau hak kata hak kalau batil katakan batil," katanya.

Sementara itu, Zakaria ketika dihubungi enggan mengulas lanjut sebaliknya menunggu surat rasmi berkaitan perkara tersebut sebelum membuat sebarang komen.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!