Jangan cuba pujuk Mbappe
Jurulatih Paris St-Germain (PSG), Thomas Tuchel meminta pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane berhenti daripada cuba untuk membawa masuk penyerang mudanya, Kylian Mbappe ke Santiago Bernabeu.
"Saya tidak pasti sejauh mana Zidane mengikuti perkembangan Mbappe tetapi apa yang boleh saya katakan, dia merupakan pemain paling penting dan kami gembira dia milik kami.
"Kadang-kadang pemain paling anda sukai adalah pemain paling susah anda dapat. Anda (Zidane) tidak bernasib baik kerana dia masih lagi pemain PSG buat masa ini,” kata Tuchel.
Sejak Cristiano Ronaldo menyarung jersi Juventus tahun lalu, Real masih belum menemui pengganti sehebat bekas tonggak Manchester United itu. Pada masa sama, Zidane tidak menyembunyikan hasrat 'melamar' Mabppe yang menjadi tunjang kejayaan Perancis muncul juara Piala Dunia 2018.
Sebagai rekod, Mbappe pernah menjalani ujian ketika remaja di Real dan hampir menandatangani kontrak dari AS Monaco pada 2017 sebelum akhirnya menyertai PSG.
"Saya sudah lama mengenali Kylian sejak dia menjalani ujian bersama kami. Sejak itu, saya amat mengagumi corak permainannya," ujar Zidane.
Mbappe terpaksa bergelut dengan masalah kecederaan musim ini, namun dia tetap menampilkan pretasi cemerlang apabila merekodkan lapan gol setakat ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!