Projek tebatan Sungai Rasah selesai masalah banjir

Amirudin menurunkan tandatangan sebagai simbolik pelancaran projek tebatan banjir di Jalan Sungai Rasah hari ini.
Amirudin menurunkan tandatangan sebagai simbolik pelancaran projek tebatan banjir di Jalan Sungai Rasah hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Isu banjir di sekitar Jalan Sungai Rasah dijangka dapat diatasi selepas projek tebatan banjir yang dimulakan sejak 2014 lalu selesai dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor pada September lalu.

Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, projek tebatan banjir yang bernilai RM60 juta itu melibatkan kerja-kerja menaik taraf sistem saliran serta jalan di kawasan itu khususnya laluan yang menjadi penghubung kepada syarikat industri.

Menurutnya, pelaksanaan projek itu menjadi bukti kesungguhan kerajaan Selangor dalam memastikan perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang terutamanya dalam memberi keselesaan kepada penduduk setempat.

"Kerajaan negeri memahami bahawa kejayaan sesuatu projek pembangunan bukan berlandaskan kepada saiz atau nilai sesebuah projek semata-mata namun perlu diukur berdasarkan impak pembangunan kepada rakyat," katanya pada sidang media selepas merasmikan pelancaran projek tersebut di Jalan Sungai Rasah di sini hari.

Amirudin berkata, kerajaan Selangor memperuntukkan kira-kira RM80 juta pada tahun hadapan untuk melaksanakan projek tebatan banjir dan RM179 juta untuk projek menaik taraf jalan.

Katanya, sehingga kini kira-kira 10 jalan di negeri itu sedang menjalani proses naik taraf bagi mengatasi isu banjir yang sering kali berlaku di lokaliti terlibat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!