Agong rasmi Kompleks Anak Yatim Darul Kifayah Labuan

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan berangkat tiba dengan pesawat khas di Lapangan Terbang Labuan hari ini. - Foto Bernama
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan berangkat tiba dengan pesawat khas di Lapangan Terbang Labuan hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

LABUAN - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan merasmikan Kompleks Anak Yatim dan Asnaf Darul Kifayah Labuan.

Kompleks yang dimiliki oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang menelan belanja RM26 juta itu beroperasi sejak Januari 2018.

Kompleks yang menempatkan anak yatim dan asnaf ini dilengkapi dengan asrama, gelanggang sukan, surau dan dewan serba guna.

Ketika bertitah pada majlis itu,Al-Sultan Abdullah menzahirkan harapan supaya kompleks yang lengkap dengan kemudahan ini harus memastikan keberhasilan kepada sahsiah diri anak yatim.

"Kita harus memastikan kompleks ini berupaya melengkapkan anak-anak yatim dengan ajaran agama yang diperlukan sebagai persediaan mereka di hari kelak," titah baginda pada majlis perasmian kompleks berkenaan.

Al-Sultan Abdullah turut menggesa pusat dakwah Islam di seluruh negara termasuk pusat tahfiz yang menempatkan ramai pelajar untuk mempelajari agama, agar sentiasa mematuhi aspek keselamatan.

"Ada laporan pusat tahfiz terbakar dan kita harap tidak ada lagi kejadian seumpama ini," titah baginda.

Kompleks Darul Kifayah yang terletak di Tanjung Taras ini mampu menempatkan 200 anak yatim pada satu-satu masa termasuk dari Sabah dan Sarawak, dan dibangunkan di atas tanah seluas 2.35 hektar. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!