Scammer: 85 warga China ditahan di Indonesia

Polis Indonesia berkata, hasil enam serbuan di bandar Jakarta dan Maling semalam berjaya menahan 85 warga China dan enam warga tempatan. - Gambar Hiasan
Polis Indonesia berkata, hasil enam serbuan di bandar Jakarta dan Maling semalam berjaya menahan 85 warga China dan enam warga tempatan. - Gambar Hiasan
A
A
A

JAKARTA - [DIKEMASKINI] Puluhan warga China dilaporkan ditahan di Indonesia berhubung penipuan atas talian yang meraih jutaan dolar daripada mangsa, kata pihak berkuasa hari ini.

Bertindak atas maklumat rakan sejawat dari China, polis Indonesia berkata, hasil enam serbuan di bandar Jakarta dan Maling semalam berjaya menahan 85 warga China dan enam warga tempatan.

Tangkapan dilakukan beberapa hari selepas hampir 700 warga China ditahan di Malaysia susulan serbuan besar-besaran yang berjaya menumpaskan sindiket penipuan pelaburan atas talian.

Tidak dapat dipastikan sama ada kedua-dua tangkapan mempunyai kaitan.

Polis Indonesia berkata, suspek menyasarkan mangsa di China dan berjaya mengaut keuntungan bernilai 36 juta rupiah (RM10,700) dalam tempoh empat bulan namun tidak dinyatakan bilangan mangsa yang ditipu.

"Mereka menyamar sebagai polis atau pendakwa raya dan menelefon mangsa, memberitahu mangsa berdepan masalah perundangan dan mendesak diberikan wang untuk menyelesaikan masalah tersebut," kata Ketua Polis Jakarta, Gatot Eddy Pramono.

Menurut Gatot sebilangan penipu turut menyamar sebagai jurubank yang menawarkan peluang pelaburan.

Turut dirampas dalam serbuan terbabit beberapa bahan bukti termasuk komputer riba dan komputer peribadi.

Artikel Berkaitan:

Gatot menambah, sebilangan besar 'scammer' berpindah ke Indonesia dan beberapa negara lain selepas China memerangi rangkaian sindiket penipuan mereka. - AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!