MCBA terus kekang penipuan mata wang kripto

Mohd Hisham (duduk, dua dari kiri) bersama barisan pimpinan tertinggi MCBA pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan Sabtu lalu.
Mohd Hisham (duduk, dua dari kiri) bersama barisan pimpinan tertinggi MCBA pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan Sabtu lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Persatuan Blockchain dan Matawang Digital Malaysia (MCBA) terus mengambil langkah berterusan dalam memberi kesedaran bagi mengenai kes-kes penipuan mata wang kripto.

Presiden MCBA, Mohd Hisham Ismail berkata, penting kepada semua pengguna mengetahui lebih lanjut mengenai mata wang digital kerana teknologi membabitkan mata wang berkenaan amat rumit untuk diterangkan kepada umum.

“Kerumitan untuk menerangkan protokol mata wang kripto ini disalah gunakan untuk menipu orang ramai dengan berbagai-bagai pakej dan sebagainya.

“Peranan kami adalah untuk memastikan kes-kes penipuan mengenai kripto ini dapat dielakkan dengan kesedaran daripada semua pengguna.

“Yang paling penting, semak dan baca kertas putih cadangan mata wang kripto tersebut. Sekiranya penjelasan di dalam kertas putih itu tidak jelas, maka hendaklah bertanya kepada pihak yang lebih mahir,” katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MCBA Sabtu lalu.

Sehubungan itu, MCBA menyeru kepada pengguna agar berhati-hati dan fahami kaedah sebenar mengenai penggunaan mata wang kripto.

“Persatuan ini juga giat menggunakan teknologi blockchain dalam skroll yang diguna pakai oleh institusi pengajian tinggi awam (IPTA),” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Hisham turut berkongsi beberapa tip penting kepada pengguna supaya tidak menjadi mangsa tipu.

Artikel Berkaitan:

“Antara perkara paling asas yang perlu diketahui pengguna adalah mata wang kripto perlu ada 'wallet' atau aplikasi dompet elektronik yang disimpan oleh pengguna itu sendiri, dan bukan disimpan oleh orang lain mahupun di server.

“Sekiranya mata wang kripto bukan di tangan pengguna, maka ia bukanlah milik pengguna itu. Mata wang kripto memerlukan kekunci sulit dan juga kekunci awam. Kekunci awam biasanya boleh diolah untuk menjadi alamat dompet elektronik,” jelasnya.

Dalam pada itu, AGM yang berlangsung baru-baru ini menyaksikan beberapa ahli jawatankuasa baharu dilantik bagi memastikan MCBA terus mencapai objektifnya.

Datin Ras Ali Baaudhan dilantik sebagai Naib Presiden dan Shahril Sabarudin pula memikul tugas sebagai Timbalan Presiden.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!