Kenali Sultan Muhammad V, sultan berjiwa rakyat

Sultan Muhammad V
Sultan Muhammad V
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuat kuasa, semalam.

Perkara itu diumumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz melalui kenyataan media Istana Negara.

"Bagi menjunjung titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V, dengan ini lstana Negara memaklumkan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong XV berkuatkuasa 6 Januari 2019 (Ahad) bersamaan 29 Rabiulakhir 1440H selaras dengan Perkara 32(3) Perlembagaan Persekutuan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ungkapan sila duduk, jangan lari pasti dikenang]

[ARTIKEL BERKAITAN: Agong letak jawatan]

"Baginda telah memaklumkan perkara ini secara rasmi kepada Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja melalui warkah yang telah diutuskan kepada Setiausaha Majlis Raja-raja," kata kenyataan itu.

Berikut biodata baginda:

- Baginda diputerakan pada 6 Oktober 1969 di Istana Batu, Kota Bharu, Kelantan.

Artikel Berkaitan:

- Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Ismail 1 Kota Bharu sebelum menyambung pelajaran di Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur.

- Baginda dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada ulang tahun keputeraan baginda yang ke-16 iaitu pada 6 Oktober 1985.

- Minat baginda yang mendalam terhadap bidang ilmu dan pendidikan mendorong baginda berangkat ke England bagi menyambung pelajaran di Oakham School Ruthland sehingga 1989.

- Baginda melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengajian Diplomatik di St Cross College, Oxford dan dalam bidang Pengajian Islam di Oxford Centre sehingga 1991.

- Tanggal 24 Mei 2009, baginda dilantik menjadi Pemangku Raja Kelantan.

- Pada 13 September 2010 baginda menaiki takhta Kerajaan Negeri Kelantan dan menggunakan gelaran Sultan Muhammad V selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29.

- Seterusnya pada 13 Disember 2011, baginda dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong Ke-14 oleh Majlis Raja-Raja dan pada 2016, Majlis Raja-Raja melantik baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-15, berkuat kuasa pada 13 Disember 2016 untuk tempoh lima tahun.

- Sebagai Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), baginda akan berangkat mencemar duli ke setiap istiadat konvokesyen yang dianjurkan universiti berkenaan.

- Baginda turut membabitkan diri dalam pelbagai pertubuhan kebajikan dan sukan selain aktif berperanan dalam organisasi berkaitan keselamatan dan ketenteraan.

- Baginda amat meminati sukan lasak seperti ekspedisi kenderaan pacuan empat roda dan ekuestrian selain meminati sukan memanah dan menembak dan gemar memelihara hidupan liar.

- Selain aktif dalam persatuan, baginda juga mempunyai minat memelihara haiwan seperti kuda dan rusa.

- Baginda berkenan menjadi Penaung kepada pelbagai persatuan dan kelab iaitu Persatuan Menembak Kelantan; Yayasan Sultan Kelantan (YSK); Majlis Orang-Orang Besar DiRaja Kelantan, Persatuan Perubatan Anti-Penuaan Aestetik Rejeneratif Malaysia (SAAARMM); Persatuan Bulan Sabit Merah; Persatuan Sukan Berkuda; Persatuan Motor 4 x 4; Persatuan Memanah

- Baginda dianugerahkan dengan pelbagai Darjah Kebesaran iaitu D.K. (1986), D.M.N. (2010), D.K. (Selangor - Januari 2011)., D.K. (Negeri Sembilan - April 2011)., D.K. (Johor - 2011)., D.K. (Perak - Julai 2011)., D.K. (Perlis - Oktober 2011)., D.K. (Kedah - Mac 2012)., D.K.(Terengganu - November 2014)., S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.K.K., S.P.S.K., dan D.K.M (2017).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!