[VIDEO] Bela babi di kawasan perumahan?
CHERAS - Tular video memaparkan beberapa ekor babi hutan dipelihara di kawasan pangsapuri di Ketumbar Height di sini mengundang pelbagai persoalan daripada orang ramai.
Video durasi 52 saat itu dimuat naik di Facebook Azman Johari mendedahkan lebih kurang 10 ekor babi hutan itu terdapat di kawasan terbabit.
Rata-rata netizen mengecam tindakan individu yang dipercayai membela babi hutan di kawasan tersebut hingga menimbulkan kurang senang dalam kalangan penghuni.
Mereka juga mempersoalkan jawatankuasa penduduk yang membiarkan perkara itu tanpa mengambil tindakan sewajarnya.
Menerusi rakaman klip itu, perakam video tersebut mendakwa wanita yang berada di dalam 'kandang' merupakan pemilik babi hutan itu.
Wanita itu juga kelihatan tenang dan tidak kekok ketika berada di kawasan tersebut.
Kata Janini,"Perkara seperti ini tidak perlu berlaku, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan kerana kandang itu sangat berdekatan dengan kawasan perumahan yang boleh mengundang bahaya dalam kalangan penduduk."
Menurut Danial, "Adakah perkara ini telah lama berlarutan dan pihak jawatankuasa penduduk tidak ambil tindakan ke?."
LINK FB
Zoo Babi Hutan yang pertama di Cheras, KL.. Semakin laris Babi² skrg.. #Perhilitan #ZooNegara #PDRM #DBKL
Posted by Azman Johari on Monday, November 25, 2019
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!