Rampas pesawat tapi hanya larikan bagasi
Pesawat terbabit dirampas ketika ia mengisi minyak di Gasmata di pulau New Britain. - Foto AFP
A
A
A
Jurucakap Tropic Air hari ini memaklumkan lapan lelaki bersenjata itu menghampiri pesawat terbabit ketika ia mengisi minyak di Gasmata sebuah pulau New Britain dan memaksa ia berlepas dan mendarat di lapangan terbang yang tidak digunakan.
"Mereka kemudiannya mencuri kesemua bagasi dan kargo sebelum meninggalkan kawasan itu," katanya yang mengesahkan tiada penumpang dalam pesawat itu.
Menurutnya lagi, juruterbang pesawat terbabit tidak alami sebarang kecederaan malah pesawat itu telah selamat kembali ke Port Moresby.
Sementara itu, The Royal Papua New Guinea Constabulary mengesahkan mereka sedang menyiasat kejadian tersebut. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!