Tokan Wanita Bukit Malut Ditangkap
Langkawi - Polis menahan seorang wanita disyaki pengedar dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Bukit Malut Mukim Ulu Melaka semalam.
Wanita yang berusia 46 tahun dikatakan melakukan aktiviti itu di sekitar Bukit Malut ditahan pada jam 5 pagi semalam.
Ketua Polis Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, polis menemukan lima paket plastik lut sinar berisi bahan disyaki dadah jenis heroin anggaran berat 22.50 gram.
"Suspek sudah mendapat perintah tahanan reman untuk disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!