'Saya syukur harga petrol turun'

Mohd Hidzir Othman
Mohd Hidzir Othman
A
A
A

SEREMBAN - Ahli Majlis tertinggi Persatuan Orang Cacat Anggota Malaysia, Mohd Hidzir Othman berharap bantuan yang diberikan kerajaan bukan hanya mengikut musim, sebaliknya perlu dilakukan sepanjang masa.

Menurutnya, keputusan kerajaan menurunkan harga minyak petrol dan diesel dua hari lalu, sangat membantu dalam meringankan beban ditanggung golongan B40.

"Sebagai rakyat yang berada di bawah kelompok B40, saya bersyukur kerana kerajaan menurunkan harga petrol dan membuat sistem apungan setiap minggu.

"Diharap bantuan kepada rakyat ini tidak hanya dilakukan mengikut musim, sebaiknya dilaksanakan sepanjang musim demi kesejahteraan bersama," katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, beliau, kerajaan PH diminta memberi peluang kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mentadbir negara sekurang-kurangnya dua penggal.

Katanya, kerajaan sekarang memerlukan seorang pemimpin yang mempunyai pengalaman mentadbir negara dan Dr Mahathir adalah orang yang paling layak.

"Kita menyokong segala dasar dilaksanakan Perdana Menteri dan Timbalannya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam memajukan negara.

"Rakyat berharap prinsip dan perjuangan yang selama ini mementingkan keutamaan serta kebajikan rakyat terus diperjuangkan demi memastikan kelangsungan hidup yang lebih baik," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!