Teknologi asas penting bagi pembinaan negara pintar: Wan Azizah

Dr Wan Azizah ketika hadir merasmikan 'Smart Technology For Smart City Summit 2019' di sini hari ini. -Foto Bernama
Dr Wan Azizah ketika hadir merasmikan 'Smart Technology For Smart City Summit 2019' di sini hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Penggunaan teknologi adalah perkara asas paling penting kepada pembinaan bandar pintar dengan dilengkapi infrastruktur yang mampan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, inisiatif bandar pintar hanya mampu dijayakan apabila adanya penerimaan rakyat dan kerangka perundangan yang bersesuaian merentasi lapisan hierarki kerajaan Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Terdapat beberapa inisiatif utama bandar pintar yang saya kira harus diimplementasikan segera di peringkat kerajaan tempatan.

"Antaranya inisiatif bandar selamat di mana persekitaran awam dan jalan raya boleh dijadikan tempat lebih selamat dengan penggunaan teknologi serta keperluan mengurangkan kesesakan lalu lintas," katanya ketika berucap merasmikan 'Smart Technology For Smart City Summit 2019' di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Wan Azizah berkata, insiden gangguan sistem operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Ogos lepas turut membuktikan betapa pentingnya penggunaan teknologi pintar kepada negara.

"Teknologi pintar bukan untuk tujuan pemantauan semata-mata malah untuk tujuan pengumpulan data bagi memahami punca permasalahan dan kaedah penyelesaian lebih baik.

"Terdapat juga keperluan untuk memperkasakan aspek keselamatan data dan sistem menerusi pembangunan dalam bidang ‘Cybersecurity’, ‘Encryption Technology’ dan ‘Secure Cloud Computing," tambahnya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!