Penduduk sedia jika banjir

Rohani (kanan) menunjukkan paras air setiap kali kampung mereka dilanda banjir.
Rohani (kanan) menunjukkan paras air setiap kali kampung mereka dilanda banjir.
A
A
A

PASIR PUTEH - Penduduk di Kampung Tasek Tok Kundor, Bukit Awang dekat sini lega apabila kerja-kerja mencuci Tasek Kundor telah dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) yang dijangka mampu mengurangkan masalah banjir di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, beberapa penduduk yang ditemui bersedia menghadapi banjir kerana hujan lebat di beberapa kawasan di Kelantan ketika ini.

Seorang penduduk, Rohani Hamzah,49, berkata, dia dan keluarga sudah membuat persiapan awal berdepan musibah itu.

"Walaupun sudah lali berdepan banjir persiapan awal tetap perlu dilakukan bagi mengelakkan kami berdepan masalah ketika proses pemindahan" katanya.

Menurutnya, pengalamannya sebelum ini hujan tanpa henti selama empat jam boleh mengakibatkan banjir.

"Tapi kami berharap kerja-kerja pembersihan yang dilakukan dapat mengurangkan masalah banjir," katanya.

Sementara itu, Sarimah Nor,44, berkata, pasukan penyelamat sudah melakukan rondaan awal sebagai persiapan menghadapi banjir.

Katanya, rondaan itu memberikan kelegaan dan semangat kepada penduduk untuk membuat persediaan.

Artikel Berkaitan:

"Kampung kami merupakan lokasi pertama yang akan dilanda banjir jika hujan lebat di Pasir Puteh," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!