16 daripada 39 mayat dalam trak tiba di Vietnam
HANOI - Kumpulan pertama daripada 39 mayat yang ditemukan mati dalam sebuah trak di Britain bulan lalu tiba di Vietnam awal pagi tadi, menurut sumber keselamatan lapangan terbang.
16 mayat tiba dengan penerbangan komersial Vietnam Airlines dari London ke Hanoi dan ia kemudiannya segera dibawa pulang ke kampung halaman masing-masing di wilayah tengah Vietnam dengan ambulans.
"Kami telah lama menunggu saat ini. Majlis pengebumian akan diadakan sejurus mayat tiba. Kami sangat sedih tetapi tetap gembira kerana akhirnya anak saya pulang," kata Vo Van Binh, bapa salah seorang mangsa, Vo Van Linh.
Sumber keselamatan lapangan terbang sebelum ini mengesahkan bahawa 16 mayat akan mendarat dan dipindahkan pihak berkuasa tempatan.
Kesemua 16 mayat itu berasal dari tiga wilayah iaitu Nghe An, Ha Tinh dan Quang Binh.
23 lagi mayat dijangka tiba beberapa hari lagi namun jadual ketibaannya belum diumumkan. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!