AS bimbang Turki uji S-400

AS menganggap sistem pertahanan peluru berpandu S-400 buatan Rusia tidak sesuai dengan sistem NATO.
AS menganggap sistem pertahanan peluru berpandu S-400 buatan Rusia tidak sesuai dengan sistem NATO.
A
A
A

WASHINGTON - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo menyuarakan kebimbangan terhadap ujian sistem pertahanan peluru berpandu Rusia oleh Turki.

“Ia membimbangkan,” kata Pompeo kepada pemberita apabila ditanya mengenai laporan bahawa Turki menggunakan jet pejuang F-16 dibangunkan oleh AS untuk menguji sistem pertahanan peluru berpandu S-400 yang dibeli daripada Moscow.

Pompeo menambah, AS berharap Turki tidak meneruskan ujian tersebut.

“Kami sudah menjelaskan kepada kerajaan Turki keinginan kami untuk melihat mereka beralih daripada penerokaan sepenuhnya sistem senjata S-400,” katanya.

Turki sebelum ini tidak mempedulikan amaran AS untuk membeli sistem senjata dari Rusia yang menyaksikan Washington bertindak balas apabila menyingkirkan Ankara daripada program jet pejuang F-35.

Pegawai AS bimbang pembelian Turki akan membolehkan Rusia mengubah suai kemampuan S-400 untuk menghalang jet dan peluru berpandu milik Barat.

AS turut mendakwa peralatan ketenteraan Rusia itu tidak sesuai dengan sistem Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Pembelian S-400 dibuat ketika hubungan semakin tegang antara AS dan Turki. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!