Peraduan Wayang HibSinar – Jumanji The Next Level
Sekuel arahan Jake Kasdan ini bakal ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 5 Disember depan ini masih mengekalkan teraju utamanya, Dwayne Johnson, Jack Black, Kevin Hart, Karen Gillan dan Nick Jonas, selain beberapa muka baru.
Jumanji: The Next Level mengisahkan tentang Bethany, Fridge dan Martha kembali ke dunia ‘Jumanji’ untuk menyelamatkan Spencer yang disedut ke dalam permainan video itu.
Apabila rakannya, Milo dan datuk Spencer, Eddie, mengetahui perkara itu, mereka tidak sengaja turut disedut masuk ke dalamnya.
Kumpulan itu menyedari bahawa permainan video tersebut telah berubah, termasuk avatar mereka yang sudah bertukar.
Situasi itu tidak seperti yang mereka jangkakan dan kini mereka perlu mengembara menerusi gurun pasir hingga ke pergunungan salji demi meloloskan diri dari permainan video berbahaya itu,
Berjayakah mereka menyelamatkan diri dan kembali ke dunia nyata? Dapatkan jawapannya dengan menonton filem ini di pawagam berdekatan.
Jumanji: The Next Level
Bahasa: Inggeris
Pengarah: Jake Kasdan
Pelakon: Dwayne Johnson, Jack Black, Kevin Hart, Karen Gillan, Nick Jonas, Awkwafina
Genre: Pengembaraan/komedi
Klasifikasi: P13
Tayangan: 5 Disember 2019
Edaran: Sony Pictures Entertainment
PERADUAN
Menangi tiket percuma dan menjadi antara yang terawal menonton filem Jumanji: The Next Level – Wayang HibSinar (Sinar Harian) dengan menulis slogan menarik dan kreatif tentang filem ini.
Saya menjangkakan filem Jumanji: The Next Level akan...:
............................................................................................................................................................
Lengkapkan slogan tersebut beserta info diri anda (Nama Penuh, No K/P, Alamat, No. Telefon) dan e-mel ke: hiburan.sinar@gmail.com (tarikh tutup: 2 Disember 2019).
INFO TAYANGAN
Tarikh: 4 Disember 2019 (Rabu)
Masa: 8.30 malam
Lokasi: GSC 1Utama
(Terima kasih: Sony Pictures Entertainment)
**Hanya terbuka kepada anda yang menetap di sekitar Lembah Klang sahaja. (Pemenang akan dipilih berdasarkan penyertaan terpantas dengan slogan menarik).
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!