Eric Liew mohon maaf hina Sultan Muhammad V

Paparan skrin kenyataan Eric Liew di laman sosial Facebook miliknya, hari ini.
Paparan skrin kenyataan Eric Liew di laman sosial Facebook miliknya, hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang pengguna Facebook memohon maaf terhadap komen jelek yang dimuatnaiknya terhadap bekas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, hari ini.

Individu yang menggunakan nama Eric Liew itu berkata, dia membuat kenyataan di dalam sebuah grup Facebook yang tidak sepatutnya terhadap Sultan Muhammad V.

"Saya telah membuat komen biadab yang tidak sepatutnya terhadap bekas Yang di-Pertuan Agong. Saya menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf kepada kumpulan di mana saya membuat komen yang menjadi tular tersebut.

[ARTIKEL BERKAITAN: Tangkap individu hina Sultan Muhammad V]

"Saya benar-benar meminta maaf kerana membuat komen yang tidak sepatutnya itu. Saya berharap mereka yang marah disebabkan itu boleh memaafkan saya," tulisnya di Facebooknya, hari ini.

Eric sebelum ini memuat naik kenyataan jelek selepas Sultan Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuat kuasa, semalam.

Kenyataan Eric itu mengundang rasa marah dalam kalangan netizen termasuk pemimpin parti politik antaranya Ketua Pemuda, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang mahu polis mengambil tindakan terhadapnya.

Asraf Wajdi berkata, jika di Thailand, seseorang yang menghina raja akan dikenakan tindakan tegas oleh penguatkuasa di negara berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Kalau di negara lain termasuk negara jiran Thailand, orang seperti ini sudah lama menerima tindakan undang-undang yang keras,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!