Abu Chin Peng: Veteran desak kerajaan tegas

Antara veteran tentera yang mendesak agar tindakan tegas dilakukan terhadap pihak yang membawa pulang abu mayat Chin Peng.
Antara veteran tentera yang mendesak agar tindakan tegas dilakukan terhadap pihak yang membawa pulang abu mayat Chin Peng.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang membawa pulang abu mayat mendiang bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng kerana ia disifatkan satu penghinaan.

Presiden Kelab Veteran Komando Malaysia, Sani Osman berkata, tindakan tegas juga perlu dikenakan terhadap dalang yang merancang perbuatan terbabit atau mana-mana pihak yang terlibat kerana telah mencemar kedaulatan negara memandangkan ia dilakukan pada sambutan Hari Malaysia.

Menurutnya, veteran rasa tercabar dengan perbuatan terbabit kerana selama ini telah bermati-matian mempertahankan negara sehingga ada yang terkorban dan cedera ketika menentang serangan pengganas Komunis, apabila abu mayat pengkhianat itu dibawa pulang, tindakan itu telah menyinggung perasaan veteran dan seluruh rakyat Malaysia.

"Semalam veteran Angkatan Tentera Malaysia terkejut dengan kepulangan abu mayat Chin Peng yang tidak sepatutnya dibawa masuk ke negara ini...walau abu sebesar zarah sekalipun.

"Kesan semasa zaman darurat masih lagi berbekas di hati setiap daripada kami.

"Walaupun luka sembuh tetapi bila perkara ini berlaku, luka itu seakan-akan berdarah kembali, ada sampai menitiskan air mata setelah mengetahui perkara ini," katanya kepada media hari ini.

Hadir sama Persatuan Veteran 19 RAMD (Mechanized), Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Utara, Persatuan Kebajikan Veteran Darat Laut Utara, Persatuan Kebajikan Veteran 17 Para dan Persatuan Kebajikan Veteran 9 Rejimen Renjer Diraja.

Antara lain termasuk Persatuan Kebajikan Pesara Polis Tentera Wilayah Utara dan Persatuan Bekas Tentera Tidak Berpencen Guar Chempedak.

Artikel Berkaitan:

Katanya, sekiranya kerajaan Malaysia gagal mengendalikan isu terbabit, veteran bertegas untuk membawa isu berkenaan kepada campur tangan institusi diraja.

Memetik laporan Malaysiakini semalam, abu mayat Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dipercayai dibawa balik ke Perak pada 16 September lalu selepas enam tahun kematiannya apabila sebahagiannya ditaburkan di laut berhampiran Lumut, Perak manakala selebihnya di kawasan hutan banjaran Titiwangsa.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!