Hafizh Syahrin uji jentera baharu di Valencia
BEKAS pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah selesai menjalani sesi ujian pramusim 2020 pertama dalam kelas pertengahan, Moto2 di Litar Ricardo Tormo di Valencia, Sepanyol, hari ini
Selepas dua musim dalam kategori MotoGP, pelumba kelahiran Ampang, Selangor itu kembali semula ke Moto2 musim depan bersama pasukan baharu, Angel Nieto Team.
Menunggang enjin Triumph dan casis Speed Up buat pertama kali, pelumba berusia 25 tahun itu melengkapkan sesi ujian dengan 120 pusingan dalam tempoh dua hari sesi berkenaan.
Rakan sepasukan, Aron Canet, yang melakukan penampilan sulung pada Moto2, turut melakukan 128 pusingan pada sesi ujian tersebut.
'Sesi ujian adalah positif dan menumpukan kepada gaya tunggangan pada hari kedua dan sedang melakukan penambahbaikan.
“Saya mula menyesuaikan diri dengan jentera dan gembira kerana tidak jauh daripada pelumba terpantas yang lain,” kata Hafizh Syahrin dalam kenyataan pasukan itu di laman web https://www.angelnietoteam.com.
Sesi ujian kedua pramusim akan berlangsung LitarJerez-Angel Nieto di Sepanyol, Februari depan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!