Solidariti terhadap Palestin perlu berterusan, jangan bermusim

(Depan dari kanan) Tareq dan Ziad bersama Muhammad Faisal serta pemimpin NGO menutup sebelah mata sebagai tanda solidariti terhadap wartawan, Muath Amarneh yang kehilangan mata kiri akibat ditembak tentera Israel.
(Depan dari kanan) Tareq dan Ziad bersama Muhammad Faisal serta pemimpin NGO menutup sebelah mata sebagai tanda solidariti terhadap wartawan, Muath Amarneh yang kehilangan mata kiri akibat ditembak tentera Israel.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Solidariti terhadap rakyat Palestin tidak seharusnya ditunjukkan secara bermusim atau hanya ketika berlakunya serangan bom rejim zionis, sebaliknya perlu dilakukan secara berterusan.

Pegawai Perhubungan Awam, Pertubuhan Kebudayaan Palestin di Malaysia (PCOM), Ziad Mohamad berkata, rakyat Palestin perlu diberi perhatian berikutan keadaan tidak menentu ketika ini dengan ekonomi merudum, selain situasi politik di wilayah terbabit tidak stabil.

"Israel bukan sahaja menyasarkan rumah dan bangunan tapi turut menjadi sasaran adalah kilang, hospital.

"Walaupun banyak kita lihat di media tetapi sebenarnya ada lagi banyak perkara yang berlaku di sebalik situasi itu.

"Apa yang kami mahu daripada saudara di Malaysia? Kami mahukan solidariti secara berterusan, bukan sahaja ketika berlaku serangan bom," katanya ketika hadir pada sidang media Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) di sini semalam.

Hadir sama, Pengarah Media, Yayasan Al-Quds Malaysia, Tareq M Altalmas.

Beberapa pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) turut hadir pada sidang media itu bersempena Hari Antarabangsa Solidariti Bersama Warga Palestin yang diraikan setiap 29 November.

Sementara itu Presiden ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, pihaknya menggesa kerajaan agar menubuhkan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) yang khas membincangkan isu Palestin.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, melalui penubuhan itu, laporan cadangan yang dibincangkan melalui KRPPM dengan melibatkan pelbagai pihak berkepentingan kelak dapat dikemukakan kepada Parlimen.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!