119 kambing biri-biri dalam kapal terbalik diselamatkan

Tiga ekor kambing biri-biri yang cedera berjaya diselamatkan dari kapal yang terbalik di Laut Hitam.
Tiga ekor kambing biri-biri yang cedera berjaya diselamatkan dari kapal yang terbalik di Laut Hitam.
A
A
A

BUCHAREST - Sebanyak 119 ekor kambing biri-biri yang terperangkap dalam kapal yang terbalik di Laut Hitam di luar pantai Ramonia Ahad lalu berjaya diselamatkan.

Kapal Queen Hind terbalik sejurus selepas meninggalkan pelabuhan Midia dengan membawa 14,600 ekor kambing biri-biri.

Haiwan itu diselamatkan oleh penyelamat dari badan amal, Four Paws bersama pakar dari Inspektorat Romania untuk Situasi Kecemasan (ISU).

Kapal Queen Hind terbalik sejurus selepas meninggalkan pelabuhan Midia dengan membawa 14,600 ekor kambing biri-biri.
Kapal Queen Hind terbalik sejurus selepas meninggalkan pelabuhan Midia dengan membawa 14,600 ekor kambing biri-biri.

Kambing yang berjaya diselamatkan kini dirawat di ladang milik kerajaan Romania.

Kedua-dua badan penyelamat itu berharap lebih banyak haiwan yang dapat diselamatkan dengan menebuk lubang pada badan kapal tersebut.

Bagaimanapun, beribu-ribu haiwan itu dipercayai akan mati apabila rakaman menunjukkan kambing biri-biri yang masih hidup saling memanjat dan menindih kambing yang tidak bermaya.

Artikel Berkaitan:

Keadaan yang mengerikan apabila penyelamat dari badan amal Four Paws mendedahkan rakaman keadaan haiwan tersebut di atas kapal.
Keadaan yang mengerikan apabila penyelamat dari badan amal Four Paws mendedahkan rakaman keadaan haiwan tersebut di atas kapal.

Terdapat juga kambing yang tenggelam dalam air setelah kapal itu terbalik.

Menurut ketua pihak berkuasa veterinar tempatan, Mihaita Gheba, kambing biri-biri yang mati akan dibakar dan yang hidup akan diserahkan kembali kepada penternak.

Punca kejadian masih belum dapat dipastikan tetapi kes berkenaan mendapat perhatian berhubung kontroversi membawa ternakan melalui pengangkutan laut.

Susulan kejadian itu, penternak dan pengeksport utama Romania, Acebop menggesa siasatan segera dilakukan.

"Bencana ini benar-benar mengejutkan persatuan kami. Sekiranya tidak mampu untuk melindungi ternakan semasa pengangkutan jarak jauh, kita perlu haramkannya," tegas Presidennya, Mary Pana. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!