Tauke, pekerja Pakistan didenda RM200,000

No Image Caption
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang tauke kedai runcit dan pekerja warga Pakistan didenda RM200,000 di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, kerana memiliki rokok seludup bernilai RM152, awal bulan ini.

Tauke berkenaan, Rizwan Ullah, 26, dan pekerjanya, Tariq Zaman, 25, masing-masing didenda RM100,000 oleh Majistret, Kamarul Hasyime Rosli.

Mereka didakwa bersama-sama memiliki 1,900 batang rokok jenama Saat bernilai RM152 yang dilarang pengimportannya di sebuah kedai runcit, Jalan Pasir Mas-Salor, di sini, pada jam 4.15 petang, 4 Januari 2019.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan dihukum di bawah Seksyen 135(1)(v)(aa) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang 10 ganda nilai atau RM100,000 (yang mana lebih tinggi) sehingga tidak lebih daripada 20 ganda nilai suapan atau RM500,000 atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Kes adalah yang pertama direkodkan di negara ini mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang baharu dipinda berkuat kuasa awal bulan ini.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Norbayani Shamsuddin.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!