'Mowgli' dilahirkan berambut lebat
HELSWORTH - Seorang bayi lelaki yang dilahirkan dengan rambut lebat mencuri perhatian ramai apabila kali pertama rambutnya digunting pada usia lapan minggu.
Oscar dilahirkan pada 10 Julai lalu dengan rambut sepanjang 5 sentimeter dan membuatkan ramai yang terkejut.
Sebelum dilahirkan lagi, ibu bapa Oscar, Sara Morris dan Joshua Jones terkejut apabila diberitahu bayi mereka mempunyai rambut sepanjang 1 sentimeter ketika imbasan dilakukan.
Pada usianya lapan minggu, rambut Oscar terpaksa digunting buat pertama kalinya kerana ia tumbuh dengan cepat.
Menurut Sara yang berasal dari Helsworth, Devon, keadaan rambutnya yang lebat itu menyebabkan anaknya dipanggil 'Mowgli', watak di dalam filem The Jungle Book.
"Kami benar-benar tidak percaya betapa lebatnya rambut ketika dia dilahirkan. Ia bukan sesuatu yang biasa dilihat.
"Rambutnya sangat tebal dan hitam berbanding saya dan Joshua yang berwarna coklat," katanya.-Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!