Polis panggil kumpulan bawa pulang abu Chin Peng

Datuk Mazlan Mansor
Datuk Mazlan Mansor
A
A
A

SEPANG - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam tindakan untuk memanggil kumpulan yang membawa pulang abu mayat mendiang bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng ke Perak pada 16 September lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, pihaknya masih lagi menyiasat pihak yang membawa masuk abu mayat berkenaan kerana kejadian sudah lama sejak September lalu.

"Jadi ambil masa untuk kita siasat. Kita sudah bagi kenyataan semalam.

"Saya tidak mahu ulas lebih lanjut kerana siasatan sedang dijalankan...tunggu hasil siasatan," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat Operasi Bersepadu Khazanah, di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Laporan berita abu Chin Peng: Polis buka kertas siasatan

Kerajaan tidak pernah benar abu mayat dibawa pulang

Polis memaklumkan telah membuka kertas siasatan untuk menyiasat bagaimana abu mayat Chin Peng itu boleh lolos ke Malaysia dari Thailand.

Siasatan kes berkenaan dibuat mengikut Seksyen 504, 505 B Kanun Keseksaan dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Artikel Berkaitan:

Berdasarkan laporan media Thailand, Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua meninggal dunia di usia 90 tahun iaitu pada 16 September 2013 di sebuah hospital di Bangkok akibat sakit tua.

ARTIKEL BERKAITAN: Kumpulan urus abu Chin Peng sedia beri kerjasama kepada polis

Terdahulu, kumpulan penyelaras yang menguruskan abu mayat Chin Peng pulang ke negara ini sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis untuk membantu siasatan berhubung perkara itu.

Ketuanya, Chai Kan Fook, 81, berkata, pihaknya tiada halangan untuk membantu polis sekiranya dipanggil memberi keterangan selepas membawa pulang abu berkenaan dari Thailand ke Malaysia, 16 September lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!