Banglo setingkat di Bukit Tunku terbakar
KUALA LUMPUR - Sebuah rumah banglo musnah hampir 70 peratus akibat kebakaran di Bukit Tunku di sini awal pagi tadi, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada jam 6.54 pagi.
“Seramai 28 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tun Dr Ismail dan Sri Hartamas ke lokasi kejadian bagi kerja-kerja pemadaman api yang kemudiannya dapat dikawal kira-kira 20 minit kemudian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!