Rumah empat penduduk Palestin diroboh

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

RAMALLAH - Pasukan keselamatan Israel hari ini memusnahkan rumah milik empat penduduk Palestin yang didakwa terlibat dalam kematian seorang anggota tentera Zionis berusia 19 tahun di Tebing Barat awal tahun ini.

Perintah memusnahkan rumah yang terletak di Beit Kahel berhampiran Hebron itu dikeluarkan September lalu.

Ketika ini keempat-empat tertuduh sedang ditahan di penjara.

Difahamkan, kekejaman Zionis merobohkan rumah penduduk Palestin tersebut telah mencetuskan pertengkaran namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Dasar Israel memunahkan rumah suspek, mensabitkan bersalah atau membunuh penduduk Palestin dikecam sekeras-kerasnya oleh organisasi hak manusia sebagai jenayah perang dan bentuk hukuman kolektif.

Lazimnya, keluarga penduduk Palestin hilang tempat tinggal selepas rumah mereka dirobohkan.- Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!