Trump tandatangan RUU Hong Kong: Apa seterusnya?
SHANGHAI - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam menandatangani Rang Undang-Undang (RUU) menyokong penunjuk perasaan di Hong Kong dan mengancam China dengan kemungkinan sekatan terhadap hak asasi manusia.
Keputusan Trump mendorong Kementerian Luar China memberi amaran untuk mengambil tindakan tegas.
Protes besar-besaran untuk menuntut demokrasi dan autonomi telah menggegarkan wilayah itu dengan lebih 5,800 orang ditahan sejak Jun lalu.
Hak Asasi Manusia Hong Kong dan Akta Demokrasi yang diluluskan Senat dan Dewan minggu lalu, meletakkan Hong Kong di bawah undang-undang AS dan di bawah pengawasan ketat yang berkaitan dengan wilayah autonomi dari Beijing.
RUU kedua yang juga ditandatangani Trump melarang eksport senjata kepada polis Hong Kong antaranya gas pemedih mata, semburan lada, peluru getah dan senjata api.
Apa selepas ini?
Britain mengembalikan Hong Kong kepada China pada tahun 1997 dan wilayah itu dijanjikan hak autonomi sejak 50 tahun lalu.
Antara pemacu utama protes di wilayah tersebut adalah persepsi meluas bahawa Beijing telah menceroboh autonomi yang dijanjikan.
Hak Asasi Manusia Hong Kong dan Akta Demokrasi yang ditandatangani Presiden AS mengkehendaki Jabatan Negara mengesahkan sekurang-kurangnya sekali setahun bahawa Hong Kong telah mengekalkan autonomi mencukupi untuk mewajarkan keperluan perdagangan AS yang lebih positif yang membantu ia meneruskan kedudukannya sebagai pusat kewangan dunia.
Pegawai yang bertanggungjawab terhadap pelanggaran hak asasi manusia di Hong Kong boleh dikenakan sekatan termasuk pengharaman visa dan pembekuan aset.
Meskipun ramai melihat undang-undang itu sebagai simbolik, mereka mempunyai potensi untuk menjana hubungan antara Washington dan Hong Kong.
Perjanjian Beijing untuk memberikan hak autonomi kepada Hong Kong telah membentuk asas status khas wilayah terbabit di bawah undang-undang AS.
Kemarahan Beijing
China mengecam undang-undang itu sebagai gangguan kasar dan melanggar undang-undang antarabangsa.
Hari ini, China turut melabelkan AS sebagai tangan hitam terbesar di sebalik kekecohan Hong Kong.
Penggubalan undang-undang baharu itu dibuat ketika Beijing dan Washington sedang melangkah ke arah satu fasa perjanjian bagi meredakan perang perdagangan yang Trump jadikan sebagai keutamaan.
Beijing telah memberi isyarat bahawa ia tidak mahu membincangkan isu Hong Kong dalam perbincangan perang perdagangan, tetapi undang-undang baharu akan memburukkan ketegangan hubungan dua hala.
Sejauh mana pentingnya status khas Hong Kong?
Dari perspektif perniagaan, salah satu unsur paling penting dalam status khas Hong Kong adalah ia dianggap sebagai adat dan zon perdagangan asing dari China.
Ia bermaksud, tarif perang perdagangan tidak dikenakan kepada eksport Hong Kong.
Menurut Jabatan Negara, 85,000 rakyat AS tinggal di Hong Kong tahun lalu dan lebih 1,300 syarikat AS beroperasi di sana termasuk hampir setiap firma kewangan utama Washington.
Perdagangan antara Hong Kong dengan AS dianggarkan bernilai AS$67.3 bilion (RM280.64 bilion) tahun lalu dengan AS menjalankan lebihan AS$33.8 bilion (RM140.95 bilion), yang terbesar dengan mana-mana negara atau wilayah, menurut Pejabat Wakil Perdagangan Washinton.
Dewan Perniagaan Amerika di Hong Kong mengatakan bahawa apa-apa yang mengubah status wilayah itu akan memberi kesan bukan sahaja kepada perdagangan AS dan pelaburan di Hong Kong tetapi juga menghantar isyarat negatif di peringkat antarabangsa tentang kedudukan kedudukan Hong Kong sebagai yang dipercayai dalam ekonomi global. - Agensi
ARTIKEL BERKAITAN: Trump tandatangan undang-undang sokong penunjuk perasaan Hong Kong
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!