'Restui calon MCA demi perkukuh kerjasama Muafakat Nasional, BN'

543506
543506
A
A
A

SHAH ALAM - Tanggungjawab menggabungkan kerjasama Muafakat Nasional dan mengekalkan hubungan parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) menjadi titik-tolak UMNO merestui perletakan calon MCA bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai pada 16 November lalu.

Pengerusi BN Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, UMNO Johor mengakui parti itu sudah mengenal pasti calon-calon dari parti itu untuk bertanding pada PRK kesembilan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sebelum itu.

Menurutnya, cadangan peletakan calon Melayu hasil desakan penduduk Melayu di Parlimen Tanjung Piai yang teruja dengan kerjasama Muafakat Nasional antara Pas dan UMNO di samping keyakinan kerjasama itu mampu memenangkan semula Johor dari tangan Pakatan Harapan (PH).

"Melihat kaedah penentuan kawasan bertanding di negeri Johor, kita dapat lihat kawasan majoriti pengundi Melayu adalah lebih 50 peratus meskipun banyak kawasan dianggap campuran.

"Pada peringkat awal hendak menjayakan Muafakat Nasional, kita melihat keyakinan pengundi khususnya orang Melayu semakin tinggi terhadap UMNO dan Pas sehingga ada desakan meletakkan calon orang Melayu.

"Jadi kita mencuba dan mengenal pasti calon UMNO namun sehingga saat akhir, kita memilih untuk meletakkan calon MCA kerana saya berasa tanggungjawab untuk mencari jawapan kaedah penterjemahan Muafakat Nasional dengan cara lebih baik bermula dengan Johor," katanya.

Beliau berkata demikian pada program Wacana Sinar Siri 142 membawakan tajuk ‘Pasca Tanjung Piai: Pilihan Atau Protes’ di Dewan WUI, Kumpulan Media Karangkraf di sini hari ini.

Wacana kali ini menampilkan Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin sebagai moderator.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!