Cincin kahwin ditemui semula atas gunung 4,000 kaki
MANCHESTER - Usaha seorang lelaki untuk mencari cincin perkahwinannya yang hilang di atas gunung yang diliputi salji dengan ketinggian 4,000 kaki di New Hampshire akhirnya berjaya direalisasikan.
Cincin itu berjaya ditemui oleh pasangan pendaki dengan bantuan pengesan logam baru-baru ini.
WMUR-TV melaporkan Bill Giguere dari Massachusetts telah kehilangan cincin emas tersebut di Gunung Hancock seminggu sebelum itu.
Dia kemudian merayu kepada kumpulan pendaki untuk menemukan semula cincin yang dipakainya sejak tiga tahun lalu.
Katanya, kemungkinan cincin itu berada di tempat dia menukar sarung tangan.
Salah seorang pendaki, Tom Gately melihat paparan itu, namun meragui untuk menemui semula cincin di sepanjang laluan 10 kilometer yang dilalui oleh Giguere.
Gately dan salah seorang kenalannya, Brendan Cheever kemudian menggunakan pengesan logam lalu menjumpai cincin tersebut. -Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!